My Add

Thursday 22 November 2012

Rakyat perlu diberi ruang bantah kekejaman Israel di Gaza

PUTRAJAYA. RABU, 22 November, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Katanya, ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.

"Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militan yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa," katanya selepas melancarkan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Tabung Kecemasan Gaza di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment