My Add

Wednesday 7 November 2012

Rangkaian TV AS umum kemenangan Obama

WASHINGTON, SELASA, 07 November, 2012: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan berjaya mempertahankan jawatannya, berdasarkan laporan rangkaian televisyen AS.

Obama menewaskan Mitt Romney di lima daripada enam negeri atas pagar iaitu di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, sekali gus meletakkan beliau memperolehi 274 undi pemilih, iaitu melebihi 270 undi yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya Presiden AS ke-57 ini.

Romney pula memperolehi 201 undi pemilih dan satu-satunya negeri atas pagar yang dimenanginya ialah di North Carolina, menyebabkan harapan calon Republikan itu untuk menjadi Presiden berakhir. - REUTERS

No comments:

Post a Comment