My Add

Wednesday 21 November 2012

Rebekah Brooks bakal didakwa lagi

LONDON, RABU, 21 November, 2012: Bekas Ketua Eksekutif News International, Rebekah Brooks dan bekas jurucakap Perdana Menteri Britain, Andy Coulson merupakan dua daripada lima individu yang bakal didakwa melakukan rasuah bagi mendapatkan maklumat sulit, di sini semalam.

Kesemuanya dituduh merasuah beberapa pihak bagi mendapatkan maklumat mengenai hubungan keluarga diraja Britain dan Kementerian Pertahanan negara.

Brooks dan Coulson sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal penggodaman telefon, yang menyaksikan penutupan News of the World pada 2011. - AFP

No comments:

Post a Comment