My Add

Sunday 11 November 2012

Remaja antara 3 ditahan menyamar polis


*TIGA termasuk dua remaja ditahan selepas menyamar sebagai polis di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 November, 2012: Dua remaja antara tiga yang ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis ketika cuba untuk memeras ugut seorang penunggang motosikal warga Pakistan di Jalan Loke Yew di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan, kesemua mereka mempunyai lebih 10 kelengkapan polis termasuk sijil kepolisan, siren polis, kad e-komuniti polis, wisel, walkie-talkie, but polis, sarung tangan polis dan T-Baton yang boleh dilaraskan.

Ketiga-tiga suspek masing- masing berusia 15, 18 dan 20 tahun itu diberkas semasa sedang menahan lelaki warga asing itu yang berusia 32 tahun.

Semasa kejadian pukul 3.30 pagi, kesemua suspek dikatakan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi yang dilengkapi dengan siren polis. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment