My Add

Wednesday 21 November 2012

Remaja Palestin tampil tentang kekejaman rejim di Kedutaan AS 


*MAHMUD Samouni, seorang remaja Palestin berusia 15 tahun mempunyai episod sedih yang cukup menyayat hati apabila menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis membunuh adik, sepupu dan bapa kandungnya di Palestin. Beliau semalam mewakili kanak-kanak Gaza meluahkan rasa kecewa dengan memegang sepanduk mempersoalkan mengapa kekejaman Israel berlaku lagi, di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 November, 2012: Seorang remaja Palestin hari ini tampil memegang sepanduk menentang kekejaman Israel di Gaza sebagai tanda mewakili suara kanak-kanak di wilayah itu sambil berjalan ke pekarangan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Mahmud Samouni, 15, memegang sepanduk tertulis, ‘I am Mahmud Samouni from Palestine, my age is 15 years old. Why do you let same thing to happen again in Gaza,’ (Saya Mahmud Samouni dari Palestin, umur saya 15 tahun. Kenapa anda biarkan kejadian sama berlaku di Gaza.) - UTUSAN

No comments:

Post a Comment