My Add

Friday 9 November 2012

Remaja perempuan Thai antara 15 ditahan imigresen

MELAKA, JUMAAT, 09  November, 2012: Jabatan Imigresen Melaka menahan 15 rakyat asing termasuk seorang remaja perempuan dari Thailand dalam "Ops Bersepadu 6P" di lima lokasi di sekitar Melaka hari ini.

Timbalan Pengarah jabatan itu Mohammad Azlan Jawawi berkata mereka terdiri daripada lapan wanita Indonesia, remaja perempuan itu, dua wanita Thailand, tiga lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 43 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di premis makanan dan kawasan perumahan di Sungai Udang, Pengkalan Balak dan Taman Merdeka.

Antara kesalahan yang dikesan ialah masuk ke negara ini menggunakan pas sempadan, memalsukan dokumen dan permit tamat tempoh, katanya kepada pemberita di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini.

Operasi lebih lima jam itu bermula 10 malam dan berakhir 3.30 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment