My Add

Monday 5 November 2012

RM20 juta pulih industri kelapa

BAGAN DATOH, AHAD, 04 November, 2012: Kerajaan menyediakan peruntukan RM20 juta bagi memulihkan industri kelapa Bagan Datoh yang jatuh merudum dengan hampir 50 peratus daripada kawasan penanamannya bertukar kepada tanaman kelapa sawit sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan tersebut merupakan tambahan bagi pelaksanaan projek tanaman kelapa matag di kawasan seluas kira-kira 156 hektar melibatkan 133 pengusaha di sini.

Menurutnya, peruntukan RM17 juta bertujuan menyediakan benih, baja, peralatan serta pembangunan prasarana manakala RM3 juta lagi disalurkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi tanaman selingan.

''Dengan peruntukan ini, kita harap dapat mengembalikan kegemilangan Bagan Datoh sebagai pusat pengeluaran kelapa terbesar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan projek pemulihan tanaman kelapa matag Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Noh berkata, jika projek tanaman kelapa matag dilaksanakan secara sistematik, kawasan itu mampu bangkit semula sebagai pusat pengeluaran kelapa negara dalam tempoh empat tahun.

lagi sekali gus membantu kerajaan menghapuskan import kelapa.

Untuk rekod, Bagan Datoh pada masa ini menyumbang 38 peratus pengeluaran kelapa negara.

''Pada musim perayaan, kita terpaksa mengimport hampir 3 juta kelapa dari Indonesia dengan harga mencecah 80 sen sebiji. Kita harap jumlah pengeluaran kelapa dapat ditingkatkan secara maksimum supaya kita tidak perlu lagi bawa masuk kelapa dari luar," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment