My Add

Sunday 18 November 2012

RM30 juta bina Malaysia Hall di Perth
JOHOR BAHRU, AHAD, 18 November, 2012: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membina sebuah lagi Malaysia Hall di Perth, Australia untuk kegunaan kira-kira 18,000 penuntut Malaysia yang melanjutkan pengajian di negara berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaannya sejajar dengan peningkatan jumlah penuntut Malaysia yang menyambung pengajian di sana.

Menurutnya, pada masa ini terdapat lebih 3,000 penuntut Malaysia yang mengikuti pelbagai bidang di beberapa universiti di Perth. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment