My Add

Monday 19 November 2012

RM52j lagi untuk kontraktor kecil

IPOH, ISNIN, 19 November, 2012: Selepas RM37.36 juta nilai kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan diberikan kepada kontraktor kecil pada Julai lalu, kerajaan hari ini mengagihkan 310 lagi projek bernilai RM52 juta menerusi sistem cabutan undi pusingan kedua kepada golongan itu.

Daripada jumlah tersebut, sejumlah 171 projek ditawarkan kepada kontraktor kelas F (G1) bernilai RM17 juta, 117 untuk kelas E (G2) sementara 22 lagi untuk kelas D (G3).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, kesemua projek berkenaan akan mula dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada awal tahun depan dan dijadualkan siap menjelang Mei depan.

Beliau berkata, tiga kontraktor perintis bakal menerima surat setuju terima tender selewat-lewatnya pada pertengahan bulan depan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan baru siap dibina.

Menurut beliau, tender yang dikeluarkan untuk jalan sepanjang 212 kilometer itu melibatkan peruntukan sebanyak RM11.37 juta bagi tempoh kontrak selama tiga tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment