My Add

Thursday 15 November 2012

Rogol: Kertas siasatan sudah diserah

SEPANG, EABU, 14 November, 2012; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks oleh tiga anggota polis di Balai Polis Perai pada 9 November lalu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menyiapkan siasatan berhubung kejadian itu selepas merekodkan keterangan daripada tiga suspek kes tersebut.

"Saya sangat kesal perkara itu berlaku dan kami tidak suka perkara itu, bila dilaporkan kami dengan segera menjalankan penyiasatan.

"Sebelum itu mereka yang terlibat dalam siasatan telah dikenakan tindakan disiplin dengan menahan kerja," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Menyambut Kepulangan Pegawai dan Anggota Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) Bridged Tenggara, Pegawai Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan United Nations Police (UNPol) dari Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Timor Leste di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment