My Add

Tuesday 20 November 2012

Ronnie diminta letak jawatan jika gagal tangani isu kondominium

SHAH ALAM, SELASA, 20 November, 2012: Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew hari ini dicabar supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium berdekatan Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan berkata projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dilihat menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

"Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment