My Add

Saturday 10 November 2012

ROS jalankan siasatan di pejabat Suaram Pulau Pinang

PULAU PINANG, JUMAAT, 09 November, 2012: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini 'menyerbu' pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) negeri bagi menjalankan siasatan berhubung pendaftaran pertubuhan itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, ROS, Arsad Kamaruddin berkata, dua pegawainya hadir ke pejabat Suaram Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan.

"Kunjungan ROS adalah untuk mengambil kenyataan berhubung pendaftaran Suaram untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Arshad dalam pada itu menegaskan, siasatan berkenaan juga tidak melibatkan isu-isu lain yang dikaitkan dengan Suaram sebelum ini.

"Kita hanya menyiasat berhubung pendaftaran dan tidak ada kaitan dengan isu-isu lain," ujarnya.

Sementara itu, Koordinator Suaram Pulau Pinang, Ong Jin Cheng berkata, maklumat lengkap berhubung kedatangan pegawai ROS tidak diketahui kerana beliau tiada di pejabat ketika itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment