RTC terbukti bawa kesan besar kepada penduduk luar bandar: PM
ALOR GAJAH, SABTU, 10 November, 2012: Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) terbukti membawa kesan besar terhadap ekonomi penduduk luar bandar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, nilai jualan bagi RTC Perak di Gopeng dan RTC Kelantan di Kota Baharu mencecah RM291.5 juta sehingga 31 Ogos lalu.
Katanya, RTC Perak mencatatkan nilai jualan berjumlah RM54.3 juta manakala RTC Kelantan memperoleh RM237.2 juta dengan pelanggan bagi kedua-dua pusat itu mencecah tiga juta orang.
"Belum tamat tahun pertama operasi, sudah kelihatan kejayaan dan saya percaya tahun-tahun akan datang, nilai jualan ini akan terus meningkat," katanya ketika berucap merasmikan RTC Melaka di Kuala Linggi di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment