My Add

Thursday 8 November 2012

Rumah ahli politik dirompak

KOTA KINABALU, KHAMIS, 08 November, 2012: — Rumah seorang ahli politik bergelar Datuk di Taman Fulliwa, Menggatal dekat sini dipecah masuk malam tadi dan beliau mengalami kerugian RM32,000.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, mangsa, 40an, mendapati keadaan dalam rumah dua tingkatnya bersepah ketika beliau dan keluarganya pulang kira-kira pukul 11 malam.

Beliau berkata, mangsa turut mengadu 86 butir peluru pistol miliknya hilang, selain wang tunai RM5,000, telefon bimbit, komputer riba, barang kemas dan jam tangan.

"Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 1 pagi tadi di Balai Polis Daerah Menggatal.

"Kita percaya lebih seorang suspek terlibat dalam insiden itu berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment