My Add

Wednesday 21 November 2012

Sabah lebih daripada simpanan tetap: Muhyiddin

KOTA KINABALU, RABU, 21 November, 2012:: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Sabah bukan sekadar `simpanan tetap' Barisan Nasional (BN) sebaliknya negeri ini dianggap lebih daripada `simpanan tetap'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berkata justeru kedudukan Sabah yang dianggap lebih daripada `simpanan tetap' itu perlu dipertahankan dengan segala usaha.

"Ada orang mengatakan Sabah adalah `simpanan tetap' BN tetapi sebenarnya negeri ini lebih daripada itu. Kita tidak boleh kehilangan Sabah, kita kena pertahankan dan BN akan bekerja keras untuk memastikan Sabah kekal milik BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ada yang terpengaruh dan ada juga yang tetap menyokong kerajaan kerana BN sudah mendapat kepercayaan daripada rakyat. Justeru, dalam hal ini, bukan hanya pemimpin BN atau UMNO yang memainkan peranan penting, sebaliknya peranan ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) juga diiktiraf," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum pagi bersama ahli MUBARAK Sabah dan pemimpin veteran politik UMNO negeri, di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment