My Add

Friday 9 November 2012

Saman media taktik lapuk keluarga Anwar - Farahhana

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar digesa tidak bermain politik 'kotor' seperti yang diamalkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran tindakan beliau menyaman akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media alternatif lain.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, Nurul Izzah tidak sepatutnya membuat perancangan besar untuk menyalahkan pihak lain berhubung keceluparannya bersuara mengenai kebebasan beragama yang jelas boleh memesongkan akidah umat Islam.

Tambahnya, usaha memutar belit fakta untuk menipu dan memperdaya rakyat bahawa beliau diserang fitnah oleh media arus perdana yang melaporkan kenyataan kontroversinya merupakan taktik lapuk dan tidak boleh diguna pakai lagi oleh keluarga Anwar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment