My Add

Sunday 18 November 2012

Sambutan golongan belia, majikan memberangsangkan

*ORANG ramai berpusu-pusu hadir mendapatkan pekerjaan pada Majlis Perasmian BN Youth Job Fair 2012 di di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 November, 2012: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) akan dibawa menjelajah ke negeri-negeri lain selepas menerima sambutan amat menggalakkan daripada golongan belia dan juga pihak majikan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, karnival kerjaya itu telah terbukti berjaya membantu ramai siswazah yang baharu tamat pengajian mendapat pekerjaan dan pada masa sama turut memberi peluang kepada mereka telah bekerja mencari peluang lebih baik.

''Hampir 40,000 jawatan kosong daripada 240 majikan termasuk lebih 5,000 peluang latihan kemahiran dan keusahawan kepada golongan belia yang berminat telah berjaya diwujudkan pada karnival kerjaya kali ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment