My Add

Tuesday 6 November 2012

Sanggup belakangkan agama

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang sanggup mengeluarkan kenyataan membelakangkan agama Islam dilihat sebagai tindakan terdesak bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bekas aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Prof. Madya Dr. Yusoff Mohamad berkata, sekiranya kenyataan bahawa ‘rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu perlu terpakai kepada orang Melayu’ tersebut benar-benar dikeluarkan oleh Nurul Izzah, tindakan seumpama itu adalah salah dan tidak sepatutnya lakukan.

Tegas beliau, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga tidak wajar menjual agama dan akidah semata-mata untuk menarik sokongan pengundi terutamanya golongan liberal dan bukan Melayu.

‘‘Dalam Perlembagaan Persekutuan juga menyebut Islam sebagai agama Persekutuan, orang Melayu adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu serta perlu mengikut cara hidup budaya Melayu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment