My Add

Saturday 10 November 2012

Sasar pelancong belanja RM3.3 bilion

Oleh ROSALINDA MD. SAID
 KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Kementerian Pelancongan menyasarkan peningkatan perbelanjaan oleh pelancong asing di negara ini sebanyak tiga kali ganda kepada RM3.3 bilion seminggu menjelang 2020 berbanding RM1.1 bilion seminggu pada masa ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen (gambar) berkata, bagi mencapai sasaran itu Malaysia perlu menyediakan lebih banyak daya tarikan supaya pelancong berminat tinggal lebih lama seterusnya berbelanja di negara ini.

"Oleh itu, kita perlu membangunkan lebih banyak destinasi pelancongan bagi memastikan pelancong tinggal lama dan menikmati pelbagai keunikan yang terdapat di negara ini.

"Selain itu, kita juga akan memperhebatkan aktiviti beli-belah di negara ini apatah lagi Kuala Lumpur begitu sinonim sebagai bandar beli-belah terbaik di Asia dan antara strategi itu termasuklah penganjuran Jualan Akhir Tahun atau YES yang akan bermula esok," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment