My Add

Tuesday 27 November 2012

Segerakan akta kawal dana asing kepada NGO

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Undang-undang bagi mengawal penyaluran dana asing kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah penting dalam memastikan kemakmuran yang dinikmati negara ketika ini dapat dikekalkan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, sebagai kementerian yang pernah menjadi mangsa fitnah NGO propembangkang, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pihaknya menggesa undang-undang itu diwujudkan segera.

Menurut beliau, NGO di negara ini perlu lebih bertanggungjawab dan telus dengan sumber dana yang diterima dan dibelanjakan mereka apatah lagi dalam menganjurkan sesebuah program yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan.

“Ketika ini tiada undang-undang mengawal kemasukan dan perbelanjaan dana oleh NGO. Kita bercakap tentang kerajaan perlu berintegriti, bukan kerajaan sahaja perlu berintegriti tetapi NGO juga," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment