My Add

Tuesday 6 November 2012

Shamsubahrin pindah duit

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail memindahkan RM250,000 daripada akaun RHB Bhd. miliknya ke akaun Maybank Bhd. milik isterinya, Suzana Abdul Aziz, Disember tahun lalu.

Bekas Penolong Pengurus RHB cawangan KLCC, Azmi Kudrat, 56, mengesahkan pemindahan itu dilakukan pada 9 Disember 2011.

Beliau juga berkata, pada tarikh sama, Shamsubahrin melakukan dua lagi pemindahan wang daripada akaun sama yang berjumlah RM400,000.

Katanya, pemindahan wang itu melibatkan RM250,000 ke akaun OCBC Bank Bhd. atas nama Awana Sutera Travel and Tours Sdn. Bhd. dan sejumlah RM150,00 ke akaun RHB atas nama Shamsubahrin Ismail Resources Sdn. Bhd.

Menurut Azmi, pada 13 Disember tahun yang sama, tertuduh juga memindahkan RM101,092 ke syarikat FA (Ipoh) Automobil Sdn. Bhd. untuk membeli kereta. - UYUSAN

No comments:

Post a Comment