My Add

Friday 9 November 2012

Siasatan SPRM bebas daripada campurtangan mana-mana pihak

KUALA LUMPUR, JUMT, 09 November, 2012: Semua penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada campurtangan mana-mana pihak, kata Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Abdul Jalil.

Sehubungan itu, beliau bekata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pun tidak boleh campur tangan dalam urusan siasatan SPRM memandangkan semua hasil siasatan oleh SPRM akan dibentang kepada PPO untuk pandangan ahli-ahli panel.

"Hubungan SPRM dengan Menteri adalah beliau hanya bertanggungjawab untuk menjawab soalan berkaitan isu rasuah atau mengenai SPRM yang dikemukakan di Parlimen berdasarkan maklumat oleh SPRM," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment