My Add

Tuesday 27 November 2012

Sime Darby untung RM1.3 bilion suku pertama

Oleh NORLAILI ABDUL RAHMAN
KUALA LUMPUR. SELASA, 27 November, 2012: Sime Darby Bhd. (Sime Darby) merekodkan penurunan keuntungan sebelum cukai bagi suku pertama berakhir 30 September lalu sebanyak 12 peratus kepada RM1.3 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Bakke Salleh berkata, penurunan prestasi tersebut disebabkan oleh kemerosotan harga minyak sawit mentah (MSM) semasa suku pertama.

Bagaimanapun, prestasi kukuh segmen perindustrian, hartanah, permotoran, tenaga dan utiliti berjaya menyerap impak kejatuhan harga MSM. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment