My Add

Thursday 22 November 2012

SIRIM wujud kaedah, sistem bantu syarikat tingkatkan produktiviti

KUALA LUMPUR, RABU, 21 November, 2012: SIRIM mewujudkan beberapa kaedah dan sistem bagi membantu syarikat meningkatkan dan menambah baik aktiviti masing-masing bagi meningkatkan produktiviti, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.

Beliau berkata, antara kaedah dan sistem yang diwujudkan ialah seperti SIRIM Green 5-S dan Model Kualiti Menyeluruh Pantas.

“Langkah menyelaraskan aktiviti itu adalah sebahagian daripada usaha SIRIM untuk menyediakan penyelesaian bersepadu bagi keperluan negara dan meningkatkan amalan, proses dan sistem operasi bagi meningkatkan produktiviti.

"Di SIRIM, selain daripada inovasi, kami juga menyelaraskan strategi dan aktiviti bagi memberi fokus pada tiga bidang baru iaitu tenaga dan alam sekitar, teknologi perubatan dan juga kilang dan jentera," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran sulung Sidang Kemuncak Kualiti Negara 2012 (NQS 2012) di sini, hari ini.

"Saya berharap NQS 2012 akan mencapai kejayaan yang diharapkan serta membantu para peserta mendapatkan pengetahuan bagi meningkatkan kelebihan masing-masing," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment