My Add

Friday 9 November 2012

SKMM senarai pendek 3 syarikat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyenarai pendek tiga daripada lapan syarikat yang menyerahkan bidaan untuk kontrak infrastruktur Penyiaran Televisyen Terestrial Digital (DTTB).

Syarikat-syarikat yang disenarai pendek itu ialah i-Media Broadcasting Solutions Sdn. Bhd., Puncak Semangat Sdn. Bhd. dan Redtone Network Sdn Bhd.

Ketiga-tiga syarikat tersebut akan diminta menyerahkan rancangan perniagaan yang lebih terperinci berdasarkan kepada permohonan asal pada penilaian pusingan pertama.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, berdasarkan Pakej Maklumat Pemohon (Applicant Information Package- AIP), syarikat terbabit diberi tempoh selama enam bulan untuk menyiapkan rancangan perniagaan terperinci itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment