My Add

Monday 5 November 2012

SPAD bentang rrancangan induk pengangkutan awam darat akhir tahun

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menyediakan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, yang akan dibentang untuk pertimbangan jemaah menteri sebelum akhir tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selepas keputusan jemaah menteri diperoleh, kajian untuk merangka Rancangan Induk peringkat negeri akan bermula.

"Buat masa sekarang, kerajaan tidak ada rancangan untuk menghidupkan semula perkhidmatan kereta api dari Seremban ke Port Dickson disebabkan rangkaian jalan raya sedia ada dan lebuh raya sudah mencukupi.

"Namun, kerajaan akan mengkaji keperluan menghidupkan semula perkhidmatan kereta api berdasarkan kesesuaiannya untuk masa depan apabila Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat untuk Negeri Sembilan dirangka kelak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan John Fernandez (DAP-Seremban) berhubung rancangan menghidupkan semula perkhidmatan kereta api dari Seremban ke Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sebagai langkah persediaan, Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan Awam untuk Negeri Sembilan ditubuh untuk menyelia kajian itu yang dipengerusikan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sembilan manakala SPAD bertindak sebagai urusetia. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment