My Add

Thursday 15 November 2012

srael cadang Abbas digulingkan

BAITULMAQDIS, RABU, 14 November, 2012: Kementerian Luar Israel di dalam dokumen polisinya mencadangkan supaya Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) 'digulingkan' jika usaha Palestin menukar status kepada negara bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan pada akhir bulan ini.

Dokumen polisi yang diterima AFP menyatakan, hanya satu pilihan dalam kes berkenaan iaitu menggulingkan pentadbiran Abbas.

"Pilihan lain membawa maksud kita mengibarkan bendera putih dan mengaku kegagalan kepemimpinan Israel dalam menangani cabaran ini,'' jelas dokumen itu.

Dokumen polisi tersebut merupakan draf yang dijangka disokong oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dan dikemukakan oleh pegawai Israel yang bertanggungjawab membentuk maklum balas Israel terhadap usaha Palestin itu.

Lieberman sebelum ini dilapor melahirkan pandangan bahawa pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin dipimpin Abbas akan dibubarkan jika usaha di PBB itu berjaya.

Kementerian Luar Israel memberi amaran bahawa Israel akan 'membayar dengan harga yang tinggi' atau Abbas dianggap melanggar 'garisan merah' jika mendapat kelulusan status itu.

Palestin dijangka membentangkan usaha menukar status tersebut di Perhimpunan Agung PBB pada 29 November ini, walaupun menerima tentangan dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Stesen televisyen Israel, Channel 10 pada 5 November lalu melaporkan Lieberman menyokong pembubaran Pihak Berkuasa Palestin ekoran usaha tersebut yang dianggap sebagai sebelah pihak sahaja. - AFP

No comments:

Post a Comment