My Add

Thursday 15 November 2012

Status No. 1 Messi makin sukar digugat

 *LIONEL Messi diiringi pegawai bola sepak Arab Saudi ketika tiba di Riyadh kelmarin, untuk aksi persahabatan skuad Argentina di negara berkenaan. - AFP
MADRID: Status Lionel Messi sebagai pemain bola sepak No. 1 dunia tidak mampu digugat, kata rakan sepasukannya di Barcelona, Andres Iniesta.

Bintang penyerang Argentina dan Barca itu menambah koleksi trofi pengiktirafan dalam kabinetnya apabila diumumkan sebagai Pemain Terbaik La Liga 2012 dan Penyerang Terbaik musim lalu.

Anugerah berkenaan melengkapkan tahun penuh sensasi buat penyerang berusia 25 tahun itu, yang turut menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Ballon d'Or atau Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut, Januari ini.

"Leo Messi adalah No. 1 di dunia. Dia bukan saja bagus kerana mampu menjaringkan gol tetapi juga kerana permainannya secara keseluruhan.

"Dia memainkan peranan yang amat besar dalam pasukan, dia seorang yang unik dan tegas, sebab itulah dia boleh memecah banyak rekod.

"Apa yang membuatkan orang-orang di Barcelona lebih gembira adalah kerana dia masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk bermain bola sepak.

"Semua yang memilih pemenang Ballon d'Or akan mengundi kerana jaringan yang telah hasilkan dan prestasi sepanjang tahun yang ditunjukkan,'' ujar Iniesta, bintang tengah Sepanyol.

Iniesta sendiri berada dalam senarai akhir untuk memenangi anugerah berprestij badan bola sepak dunia, FIFA itu.

Semalam, dia diumumkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Sepanyol.

Dia calon utama untuk menewaskan Messi dalam pemilihan Ballon d'Or kerana telah melakar sejarah hebat bersama Sepanyol dengan memenangi Euro 2012 dan Piala Dunia 2010. Malah, dia juga tonggak utama ketika negaranya muncul juara Eropah 2008. - AGENSI

No comments:

Post a Comment