My Add

Thursday 8 November 2012

Suami bekas pegawai AFC dilepaskan daripada tuduhan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Suami kepada bekas Pengarah Kewangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang didakwa atas tuduhan mencuri fail kewangan AFC dipercayai milik bekas Presiden badan itu, Mohamed Hammam, hari ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada pertuduhan tersebut.

Majistret Nur Azura Murah membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Lon memaklumkan pihaknya menarik balik pertuduhan itu berdasarkan representasi yang dikemukakan oleh peguam, Kamarul Hisham Kamaruddin.

Pada 19 September lalu, Kong Lee Toong, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di AFC House, Jalan 1/115B, Bukit Jalil di sini, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dipercayai isterinya, pada pukul 11.30 pagi 31 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan denda atau sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment