My Add

Thursday 15 November 2012

Suami ikut wanita Indonesia dicari
 *ROSNAH Mohamad Nor menunjukkan laporan polis dan gambar suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak enam tahun yang lalu di pejabat Utusan Malaysia, di Kota Bharu, semalam. - utusan/Aizzul A.Majid
 KOTA BHARU, RABU,  14 NovEMBER, 2012: Seorang suami didakwa sanggup meninggalkan isteri dan tiga anaknya yang berusia lapan hingga 11 tahun semata-mata kerana seorang wanita Indonesia yang dikenali sejak enam tahun lalu.

Rosnah Mohamad Nor, 45, mendakwa, suaminya yang dikenali dengan panggilan Lantana bertindak lari bersama wanita itu selepas terpengaruh dengan pujuk rayu dan kata-kata manis.

Katanya, suaminya sebelum ini merupakan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab, namun tiba-tiba berubah sikap sejak mengenali wanita berkenaan pada 2006.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya yang berasal dari Tawau, Sabah pulang ke kampung halaman atas urusan keluarga sebelum bertemu dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ani. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment