My Add

Saturday 17 November 2012

'Suara sumbang' dalam Majlis Syura rosakkan Pas - Haron Din

KOTA BHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Terdapat individu tertentu dalam Majlis Syura disifatkan sebagai 'suara sumbang' yang akan merosakkan Pas apabila melanggar ketetapan dibuat parti itu dengan mengkritik keputusan dipersetujui secara sebulat suara.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Dr. Haron Din berkata, sebagai ahli Majlis Syura, individu yang tidak dinamakannya itu sewajarnya menggunakan saluran parti bagi menyuarakan pandangan mahupun kritikan.

Malah beliau menegaskan, Majlis Syura sentiasa mengambil berat semua pandangan yang dikemukakan termasuk 'suara sumbang' yang mendesak supaya hubungan di antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikaji semula.

"Ketika perbincangan dalam Majlis Syura melalui mesyuarat, 'orang itu' tidak pernah membangkitkannya dan hanya mendiamkan diri, tetapi selepas perkara itu dipersetujui, mereka mengkritik ataupun mengulas kepada media. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment