My Add

Monday 5 November 2012

Sudan selamat dilawati walaupun terdapat kes serangan udara

KHARTOUM, AHAD, 04 November, 2012: Sudan merupakan sebuah negara yang selamat serta aman untuk dilawati meskipun terdapat kes serangan udara ke atas Kompleks Perindustrian Tentera Al-Yarmouk (Al-Yarmouk) di sini pada 24 Oktober lalu.

Duta Malaysia di sini, Datuk Mohd. Ashri Muda berkata, di sebalik kejadian itu, kerajaan serta masyarakat Sudan sentiasa mahukan keamanan dan sanggup melepaskan sebahagian wilayahnya sehingga membentuk negara Sudan Selatan pada Julai 2011.

"Tindakan pihak tertentu mengebom adalah sesuatu yang kita kesali, harap tidak diulang oleh pihak tertentu.

"Memang selamat untuk melawat Sudan, tidak ada masalah, walaupun anda berjalan pada tengah malam atau awal pagi, tiada kes ragut seperti bandar-bandar lain di Eropah," katanya ketika ditemui sempena Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment