My Add

Tuesday 27 November 2012

Sumbangan Malaysia terhadap pengurusan krisis dipuji

KUALA LUMPUR, ISNIN, 26 November, 2012: Sumbangan Malaysia terhadap pengurusan krisis di peringkat antarabangsa mendapat penghormatan daripada Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah (EEAS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penghargaan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Bahagian Tindak Balas Krisis badan dunia tersebut, Dr. Agostino Miozzo dalam kunjungan beliau ke pejabatnya di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Menurutnya, Agostino memaklumkan Malaysia merupakan contoh terbaik dalam membantu bukan sahaja negara-negara jiran malah di seluruh rantau Asia yang menghadapi krisis.

Selain itu katanya, Malaysia juga dipuji kerana mempunyai antara Sistem Tindak Balas Segera yang tercanggih di rantau Asia khususnya di negara-negara ASEAN - UTUSAN

No comments:

Post a Comment