My Add

Sunday 18 November 2012

Suspek kelar bayi direman seminggu

KUANTANH, AHAD, 18 November, 2012: Suspek yang ditahan selepas dipercayai mengelar leher bayi perempuanya yang berusia 11 bulan kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata suspek, 29, kini ditahan di lokap Balai Polis Kuantan, sejak Jumaat malam.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 9.30 malam Jumaat lepas, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dikelar di bahagian leher oleh ayah kandungnya sendiri di rumah suspek di Felda Panching Selatan, dekat sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment