My Add

Sunday 4 November 2012

Syarikat rokok digesa bantu penanam tembakau

BACHOK, AHAD,04 November, 2012: Syarikat rokok yang pernah meraih keuntungan besar daripada hasil industri tanaman tembakau di Kelantan diminta tampil membantu bekas penanam yang memerlukan bantuan untuk membaik pulih rumah dan bekalan air bersih.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, jasa penanam yang mengusahakan tanaman itu sejak puluhan tahun lepas, tidak seharusnya dilupakan syarikat terbabit.

"Syarikat berkenaan sehingga kini mendapat keuntungan ratusan juta setahun seharusnya datang membantu mereka ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penyerahan program membaiki rumah rakyat miskin kawasan Parlimen Bachok di Kampung Baru Rekang hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment