My Add

Sunday 11 November 2012

Taman Manggis: Reaksi Karpal Singh

PULAU PINANG, SABTU, 10 November, 2012: Syarikat pemaju swasta, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) berhak menyaman Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuat tawaran penjualan tanah di Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, dalam isu penjualan tanah seluas 0.45 hektar itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengambil risiko kerana turut mengemukakan tawaran kepada BN sedangkan tanah berkenaan sudah dijual dan telah menerima bayaran daripada KLIDC.

"Bagaimanapun setakat ini tidak ada sebarang masalah lagi kerana KLIDC tidak membantah dan selagi geran tanah tidak diserahkan, kerajaan negeri masih boleh menjual kepada BN. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment