My Add

Friday 9 November 2012

Tanah Yayasan Selangor dijual

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
 SHAH ALAM, KHAMIS, 08 November, 2012: Alumni Yayasan Selangor yang mempunyai 15,000 ahli menuntut penjelasan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung status Lot Tanah PT 4221 milik Yayasan Selangor di Kelang dekat sini, yang dikatakan sudah diserahkan kepada pihak lain bagi dibangunkan Pusat Kebudayaan Cina.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak, Saya Anak Yayasan Selangor, Badrulzaman Baharuddin berkata, pemberian tanah seluas 7.4 hektar bernilai hampir RM100 juta itu menimbulkan tanda tanya berhubung mengapa tanah milik yayasan berkenaan menjadi pilihan Menteri Besar.

"Mengapa tanah bernilai RM6 juta bagi setiap 0.4 hektar tersebut diberikan kepada pihak berkenaan. Adakah kerana kedudukannya yang strategik dan bernilai tinggi.

"Kami juga berasa sangsi dengan urusan pemberian tanah yang dikatakan berlaku dalam masa singkat iaitu dari surat permohonan bertarikh 21 Mac 2011 yang dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kepada Menteri Besar hingga surat kelulusan daripada kerajaan negeri dikeluarkan pada 18 Mei 2011," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment