My Add

Sunday 11 November 2012

Tangani gejala hina Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR SABTU, 10 November, 2012: Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mencadangkan kerajaan mengambil langkah rasional dan holistik dalam menangani gejala menghina institusi Raja-raja Melayu yang semakin berleluasa sekarang.

Presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, langkah itu termasuk menggubal sebuah akta khusus bagi tujuan tersebut.

"Suara-suara sumbang menghina institusi beraja ini kebanyakannya datang daripada masyarakat Melayu sendiri yang sepatutnya menjadi penyokong tegar institusi yang disifatkan payung kepada rakyat itu.

"Kita perlu prihatin dengan apa yang berlaku hari ini. Masalah seumpama ini menjadi ketara selepas kejatuhan Barisan Nasional (BN) di Perak apabila beberapa kelompok penyokong pembangkang sanggup memperlekehkan sultan negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment