My Add

Tuesday 6 November 2012

Tapak PPR Taman Manggis bakal dimiliki syarikat swasta?

PULAU PINANG, ISNIN, 05 November, 2012: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri terus mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai status sebenar penjualan tanah Taman Manggis di sini kepada pihaknya.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, hal demikian ini kerana wujud desas-desus mengatakan Kerajaan DAP Pulau Pinang juga telah mengambil wang pendahuluan daripada syarikat swasta yang ingin membina projek hospital swasta dan hotel di atas tapak seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu.

"Pemuda BN sudah membayar wang pendahuluan satu peratus seperti yang diminta kerajaan negeri, tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang surat perjanjian tentang syarat-syarat pembelian diserah kepada kami.

"Saya kesal kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng masih berdolak-dalik mengenai hal ini dan membuatkan kami ternanti-nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment