My Add

Saturday 10 November 2012

Telan 2kg dadah jadi jutawan?

Oleh ANGELINA SINYANG dan AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 November, 2012: Hanya dengan menelan dua kilogram dadah untuk diseludup ke luar negara, seorang 'keldai dadah' boleh bergelar jutawan.

Bagi dua kilogram dadah jenis syabu yang mempunyai harga pasaran antara RM400,000 hingga RM500,000 di negara ini, pengedar dadah mampu mengaut keuntungan mencecah RM2 juta apabila berjaya menyeludup bahan terlarang itu ke negara seperti Australia, New Zealand dan Indonesia.

Pendapatan lumayan diperoleh itu menyebabkan ramai rakyat tempatan dan warga asing menjadi 'gelap mata' dan sanggup memperjudikan masa depan menjadi penyeludup dadah ke luar negara.

Keadaan itu dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai punca utama menyebabkan aktiviti penyeludupan dadah sukar dibendung meskipun banyak tangkapan dan kisah penderitaan 'keldai dadah' disiarkan dalam media massa selama ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment