My Add

Friday 16 November 2012

Tentera Malaysia, Singapura mula eksesais bersama

JOHOR BAHARU, JUMAAT, 16 November, 2012: Pasukan tentera darat Malaysia dan Singapura memulakan Eksesais Semangat Bersatu siri 18/2012 hari ini, bertempat di Padang Kawad 10 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Majidee di sini.

Eksesais sehingga 22 November itu disertai 923 pegawai dan anggota tentera darat Malaysia serta 144 dari Singapura, dan dirasmi secara bersama oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Ketua Staf Am Tentera Darat Singapura, Brig. Jen. Tung Yui Fai.

Eksesais itu merupakan latihan bilateral tahunan yang dilaksana untuk menjalin hubungan baik antara kedua-dua negara selain membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Eksesais juga menguji kemampuan dan kesiapsiagaan pasukan kedua-dua negara dalam menghadapi ancaman dan menilai kemahiran pegawai serta anggota yang terlibat dalam melaksanakan operasi ketenteraan mengikut teknik, taktik dan prosedur yang ditetapkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment