My Add

Monday 5 November 2012

Terminal kapal mewah Melaka


 *KAPAL mewah Royal Carribbean International yang membawa 3,200 pelancong dari Eropah berlabuh di perairan Selat Melaka berhampiran jeti Parameswara, baru-baru ini.
Oleh AMRAN MULUP
MELAKA, AHAD, 04 November, 2012: Kerajaan negeri merancang untuk merangsang industri pelancongan dengan cadangan membina terminal kapal persiaran mewah melibatkan kos sebanyak RM100 juta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembinaan terminal baharu itu dicadangkan antara Pulau Besar dan Pulau Panjang.

Menurutnya, cadangan untuk pembinaan terminal itu adalah bagi memudahkan kapal-kapal persiaran mewah yang melalui Selat Melaka berlabuh dan menjadikan negeri ini salah satu destinasi pelancongan yang perlu disinggahi kapal berkenaan.

"Pada masa ini kita tidak ada terminal yang membolehkan kapal-kapal persiaran mewah berlabuh kerana terminal yang ada terlalu cetek. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment