My Add

Saturday 10 November 2012

Tertuduh keempat kenal Pathmanabhan sejak 2000

SHAH ALAM JUMAAT, 09 November, 2012: Tertuduh keempat kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, R. Kathavarayan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia mengenali majikannya, N. Pathmanabhan pada 2000 kerana mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama di Banting.

Kathavarayan, 32, berkata, dia yang mula menetap di Banting pada 1994, telah diminta oleh Pathmanabhan pada 2008 supaya menyelia pengubahsuaian pejabat baru Pathmanabhan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Banting.

Saksi pembelaan itu berkata demikian ketika disoal oleh peguamnya, Ravi Nekoo sewaktu membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Kathavarayan didakwa bersama Pathmanabhan, 43, T. Thilaiyalagan, 21, dan R. Matan, 22, melakukan perbuatan itu di Ladang Gadong di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment