My Add

Monday 5 November 2012

Tetak anak bekas Ahli Parlimen: 5 suspek diburu

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 November, 2012: Polis sedang menjejak lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak anak bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi Bernama berkata masih belum ada sebarang tangkapan yang dibuat setakat ini.

"Pihak kami kini sedang menjalankan siasatan lanjutan untuk menangkap suspek-suspek ini,” katanya.

Beliau berkata mangsa Wan Mohd. Faizal, 24, iaitu anak kepada Datuk Wan Mohd. Najib Wan Mohamad kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya.

"Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan akibat ditetak,” katanya.

Wan Mohd Faizal cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan menggunakan parang dan dipercayai terdapat dua lagi suspek yang ketika itu sedang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment