My Add

Monday 5 November 2012

Thailand rampas senjata untuk etnik Karen

BANGKOK, ISNIN, 05 November, 2012: Tentera Thailand semalam merampas sejumlah besar senjata api yang dipercayai akan dihantar untuk kegunaan tentera etnik Karen yang beroperasi di sempadan barat laut Myanmar.

Timbunan senjata api itu termasuk raifal, mesingan dan lebih 100,000 butir peluru ditemui daripada sebuah trak pikap yang dipandu seorang lelaki Karen dan tidak mempunyai nombor pendaftaran di wilayah Tak, kira-kira 400 kilometer barat laut Bangkok.

Menurut akhbar Bangkok Post yang memetik jurucakap tentera, mereka percaya senjata itu dipercayai akan dibawa kepada Tentera Pengawal Sempadan yang berada di negeri Karen di Myanmar. - DPA

No comments:

Post a Comment