My Add

Friday 9 November 2012

Tiada antibiotik dalam produk Ayamas - Tiong Lai

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Keputusan ujian makmal terhadap 31 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (Ayamas) mendapati tiada kandungan antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau telah mengarahkan Bahagian Keselamatan Makanan kementerian untuk mengambil 15 sampel dari kilang syarikat itu dan 16 sampel dari pasaran untuk diuji.

"Siasatan makmal yang dibuat menunjukkan bahawa tiada kandungan Chloramphenicol, kalau ada, tindakan segera akan kita ambil untuk keluarkan produk itu dari pasaran," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Liow berkata kementerian memantau produk dari Ayamas sejak tahun 2009 hingga sekarang dan mendapati tiada kandungan antibiotik itu pada produknya.

Media melaporkan pada Khamis lepas bahawa kerajaan Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam syarikat terbabit berkuat kuasa serta merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment