My Add

Sunday 18 November 2012

Tiada rombakan kepimpinan

KOTA BHARU, SABTU, 17 November, 2012: Konsep kepimpinan ulama di dalam Pas terus menjadi teras kepada kekuatan parti itu selaras dengan perlembagaan parti.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli parti termasuk penyokong Pas tidak perlu risau tentang tanggapan konsep kepimpinan ulama dirombak.

"Tidak ada siapa hendak dan boleh merubah konsep kepimpinan ulama kerana telah ada dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, usah ada kerisauan kononnya kepimpinan ulama akan dirombak," katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-58 yang masuk hari kedua di sini hari ini.

Beliau berkata, semua tindakan dirujuk kepada badan tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment