My Add

Saturday 10 November 2012

Tiada sebarang kelulusan bangun Pusat Kebudayaan Cina

KLANG, JUMAAT, 09 November, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bekas Alumni Yayasan Selangor berhubung lot tanah PT 4221 milik yayasan itu di sini yang dikatakan akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak memberikan sebarang kelulusan kepada surat permohonan oleh Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong untuk membangunkan lot tanah tersebut bagi dijadikan Pusat Kebudayaan Cina seperti yang didakwa.

''Kerajaan negeri juga tidak bercadang menyerahkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Halal Fest peringkat negeri di Masjid As Syariff, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam tentang kepentingan piawaian halal dan membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment