My Add

Friday 9 November 2012

Tiada siapa boleh ceroboh hak raja - Rais

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 08 November, 2012: Tiada sesiapa yang boleh menceroboh kepentingan dan hak-hak diraja di bawah Perlembagaan Persekutuan,

kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Tegas beliau, oleh kerana itu sebarang cadangan untuk meminda peruntukan Majlis Raja-Raja dan kedaulatan raja di bawah Perkara 38 dan 32 memerlukan prosedur yang ketat di bawah Perkara 159.

Dalam konteks ini, kata beliau, perkara itu bererti jika sesuatu berkaitan kebesaran hak-hak raja hendak dipinda, ia memerlukan persetujuan Raja-raja.

"Ini dimaksudkan oleh pembuat Perlembagaan pada 1956 dan di bawah Suruhanjaya Reid yang menjamin pihak Raja-raja berperlembagaan kekal sebagai pengimbang dan penjamin hak-hak agama di negara ini atau lain-lain hak keistimewaan orang Melayu, kepentingan komuniti lain di bawah Perkara 152 serta hak-hak di bawah Perkara 10," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment