My Add

Wednesday 21 November 2012

Tidak patut dakwa UMNO murtad

KUANTAN, SELASA, 20 November, 2012: Pas kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu sehingga sanggup melakukan apa sahaja dengan menyerang Barisan Nasional (BN) dan mendakwa UMNO murtad.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang, Muhammad Faiz Hashim berkata, sebagai seorang yang dikatakan tok guru, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kepada Pas dan Nik Abdul Aziz, adakah UMNO memusnahkan masjid-masjid? Adakah UMNO mengenakan larangan bertudung di negara ini? Adakah UMNO melarang azan di negara ini dan adakah UMNO meruntuh sekolah-sekolah pondok?

"Sepatutnya Pas yang kononnya memperjuangkan Islam menganjurkan solat hajat dan berdoa untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini, menolak agenda dan gerakan murtad serta menolak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), itu yang sepatutnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment